JELAJAH TANPA BATAS

Rakan operasi darat Eropah untuk agensi di Malaysia. Anda jual, kami susun operasi, dan jenama anda kekal di depan.

Minta sebut harga

Pilih apa yang anda perlukan, isi butiran ringkas, dan kami balas dengan sebut harga.

TRIP EROPAH

Route private atau small group, dengan makanan halal dan waktu solat dirancang.

PAKEJ PULAU MALAYSIA

Perhentian, Redang, Kapas dan Semporna, sehari hingga 4 hari 3 malam.

INSURANS PERJALANAN

Sebut harga insurans Tokio Marine untuk trip dalam dan luar negara.

TIKET PENERBANGAN

Pergi-balik, sehala atau berbilang bandar, dengan pilihan yang sesuai.

Route yang masuk
akal, bukan sekadar
banyak negara.

Kami merancang perjalanan seperti orang yang akan menaikinya: jarak yang munasabah, makan dan solat dalam jadual, dan harga yang dinyatakan terus terang.

Jarak yang logik

Masa bergerak, jarak dan tenaga peserta diseimbangkan supaya anda sempat menikmati destinasi, bukan hanya berhenti untuk bergambar.

Mesra Muslim sejak awal

Restoran halal atau alternatif sesuai, masjid atau surau dalam route, dan pacing yang sesuai. Semuanya dirancang dari mula, bukan ditambah pada saat akhir.

HARGA YANG JELAS

Sebut harga menyatakan apa yang termasuk dan apa yang tidak, beserta tukaran wang, tempoh sah dan terma bayaran.

Ada orang di hujung talian

Dari ketibaan hingga pulang: koordinasi vendor, perubahan operasi dan sokongan semasa trip.

DESTINASI PILIHAN

Contoh route dan pakej yang boleh kami susun. Semua boleh
disesuaikan mengikut tarikh, bilangan orang dan bajet anda.

Eropah 5 Negara

Aliran: Paris · Antwerp · Amsterdam · Giethoorn · Brussels · Freiburg · Lucerne / Zurich

10 Hari 7 Malam

Lima negara, ikon Eropah, kampung kanal, Black Forest dan Alps.

Switzerland + Italy

Aliran: Zurich · Rhine Falls · Lucerne · Engelberg · Interlaken · Bern · Valais · Zermatt · Italy

9 hari 6 malam

Panorama Switzerland, kampung, tasik, cable car dan bandar UNESCO.

Perhentian Island Escape

Larian singkat ke Pulau Perhentian.

Redang Beach & Snorkelling

Larian singkat ke Pulau Perhentian.

Dari brief hingga pulang

Enam langkah, dan anda tahu di mana anda berada pada setiap satu.

Ceritakan keperluan

Tarikh, bilangan orang, bajet dan gaya perjalanan.

Kami semak route

Jarak, musim, cuti tempatan, waktu operasi dan pacing.

Draf dan sebut harga

Itinerari harian, apa yang termasuk, apa yang optional.

Sahkan tempahan

Deposit dan maklumat penumpang diterima, vendor mengesahkan.

Bertolak bersedia

Itinerari akhir, voucher, senarai bilik dan nombor untuk dihubungi.

Kami jaga trip

Susulan vendor dan bantuan jika ada perubahan di lapangan.

Tiada komponen dianggap sah sehingga pengesahan vendor dan bayaran berkaitan diterima. Setiap perubahan direkodkan dalam itinerari akhir.

Untuk keluarga dan kumpulan anda

Private trip atau small group. Anda beritahu siapa yang ikut, kami reka route yang sesuai untuk mereka, termasuk ibu bapa yang perlukan lif atau anak kecil yang perlukan rehat.

Untuk agensi pelancongan

Agensi anda jual dan kekal sebagai jenama di hadapan pelanggan. Kami urus vendor darat, tempahan, dokumen dan sokongan di lapangan secara white-label.

Ada tarikh dan bilangan orang?

Kami mulakan dari situ.

Hantar mesej ringkas. Kami balas dengan cadangan route dan langkah seterusnya.

Perjalanan yang tersusun, fleksibel dan mesra Muslim untuk keluarga, kumpulan dan agensi pelancongan.

Social Media

Hubungi

Serata Dunia Travel Sdn. Bhd. L02-36, Level 2, Shaftsbury Putrajaya, 62000 Putrajaya, Malaysia

011-4377 0050
hello@seratadunia.com

Copyright© 2026 Serata Dunia Travel Sdn. Bhd. All Rights Reserved.